Friday, 6 May 2016


                                                  PENGAWETAN MAKANAN

Pengawetan makanan ialah kaedah pemprosesan makanan yang boleh menghalang dan melambatkan proses hidup mikroorganisma.



KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN
1.Pendidihan
2.Penjerukan
3.Pembungkusan vakum
4.Pengeringan
5.Penyejukbekuan dan pendinginan
6.Pemasinan
7.Pelilinan
8.Pengetinan dan pembotolan
9.Pempasteuran
10.Penyalaian


1.Pendidihan
Pendidihan ialah proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi

2.Penjerukan
Penjerukan merupakan proses merendam makanan di dalam larutan gula dan garam.Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengawet buah-buahan dan sayur-sayuran.

3.Pembungkusan vakum
Merupakan proses mengeluarkan semua daripada bekas atau pembungkus makanan.

4.Pengeringan
Pengeringan merupakan kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari atau ketuhar.

5.Penyejukbekuan dan pendinginan
Penyejukbekuan merupakan kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku (0 darjah Celcius) dan ke bawah.

Pendinginan merupakan kaedah penyimpanan makanan di dalam persekitaran bersuhu kurang dari 18 darjah Celecius.

6.Pemasinan
Pemasinan menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.Kaedah ini merupakan kaedah yang digunakan sejak dahulu lagi.Kaedah ini digunakan untuk memasinkan ikan,telur dan sayur-sayuran.

7.Pelilinan
Pelilinan merupakan proses menyalut buah dan sayuran seperti epal,oren,lemon dan tomato dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaa
nnya.Kaedah ini juga dapat mengekalkan kesegaran buah.

8.Pengetinan dan pembotolan
Pengetinan dan pembotolan melibatkan proses mendidihkan makanan untuk membunuh mikroorganisma.Makanan kemudiannya disejukkan dan dimasukkan
ke dalam bekas kedap udara.

9.Pempasteuran
Pempasteuran ialah proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera.

10.Penyalaian
Penyalaian merupakan kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.Kaedah ini boleh membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.